Wikipedia

Hasil carian

Rabu, 2 September 2020

BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT)

JELAJAH BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT) DAERAH GEMAS & JEMPOL 

Selesai Jelajah BKIT Daerah Gemas di FELDA Sungai Kelamah dan FELDA Jelai 4 pada 12 Ogos 2020 (Rabu) serta Jelajah BKIT Daerah Jempol di FELDA Raja Alias 1 dan FELDA Pasoh 2 pada 13 Ogos 2020 (Khamis) yang lalu mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Seramai 188 orang yang terdiri daripada Ahli Jawatan Kuasa MPKK, JKKR FELDA dan Ibu Tunggal telah hadir bagi mendapatkan maklumat jelas berkaitan BKIT di samping menguar-uarkan mengenai bantuan ini.

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi MPKK FELDA Sungai Kelamah (Puan Rosiyah Binti Ab. Rahman), Pengerusi MPKK FELDA Pasoh 2 (Encik Abd Kadir Bin Hussin), Pengurus FELDA Jelai 4 (Encik Zainal Bin Tambi) dan Pengurus FELDA Raja Alias 1 (Encik Ibrahim Bin Omar) di atas kerjasama yang diberikan.

 















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tempat Keempat Pertandingan Keceriaan Kampung

 10092020 Jumaat Mesyuarat MPKK 01 peringkat Dun Gemencheh di Balairaya Kg Tengah Program Cakna sekampung (edaran kelengkapan MPKK) dan peny...