Wikipedia

Hasil carian

Jumaat, 21 Ogos 2020

GAMBAR GOTONG ROYONG PERDANA BERSAMA BADAN BADAN NGO

 18/07/2020
















GOTONG ROYONG PERDANA 18/07/2020

 

MPKK KG FELDA SG KELAMAH

TUGU PERINGATAN

 TUGU PERINGATAN SUNGAI KELAMAH


LOKASI Jambatan Sungai Kelamah. Berhampiran Felda Sungai Kelamah, jalan Tampin-Gemas. Kira-kira 40km dari Tampin dan kira-kira 10km dari Gemas. PERISTIWA Tugu ini dibina sebagai memperingati bekas-bekas Tentera Australia dan Jepun serta keluarga mereka yang terkorban semasa berlakunya peperangan antara Batalion Australia ke-2/30 dengan Tentera Jepun pada 14 Januari 1941.
Dalam peperangan ini, Tentera Australia yang diketuai oleh Lt. Kol. Gallaghan telah melakukan serang hendap terhadap kemaraan askar-askar Jepun ke Tampin. Pertempuran telah meletus dan berlarutan ke hari berikutnya. Pertempuran ini telah menyebabkan ramai Tentera Jepun terkorban dan pada 15 Januari 1941, sepasukan Tentera Jepun yang lain telah tiba dan menyebabkan Tentera Australia terpaksa berundur ke Segamat.
Dalam usaha menghalang kemaraan Tentera Jepun, jambatan kayu yang merentangi Sungai Gemencheh di Kampung Sungai Kelamah yang menghubungkan Tampin dengan Gemas terpaksa diletupkan. Tapak jambatan dan beberapa tiangnya masih kekal hingga ke hari ini. 
Lihat Sedikit

TUGU PERINGATAN PERANG DUNIA KEDUA JEPUN AUSTRALIA

 TUGU PERINGATAN SUNGAI KELAMAH

Tempat Menarik di Gemas, Negeri Sembilan Yang Boleh Anda Lawati ...

LOKASI Jambatan Sungai Kelamah. Berhampiran Felda Sungai Kelamah, jalan Tampin-Gemas. Kira-kira 40km dari Tampin dan kira-kira 10km dari Gemas. PERISTIWA Tugu ini dibina sebagai memperingati bekas-bekas Tentera Australia dan Jepun serta keluarga mereka yang terkorban semasa berlakunya peperangan antara Batalion Australia ke-2/30 dengan Tentera Jepun pada 14 Januari 1941.

Dalam peperangan ini, Tentera Australia yang diketuai oleh Lt. Kol. Gallaghan telah melakukan serang hendap terhadap kemaraan askar-askar Jepun ke Tampin. Pertempuran telah meletus dan berlarutan ke hari berikutnya. Pertempuran ini telah menyebabkan ramai Tentera Jepun terkorban dan pada 15 Januari 1941, sepasukan Tentera Jepun yang lain telah tiba dan menyebabkan Tentera Australia terpaksa berundur ke Segamat.

Dalam usaha menghalang kemaraan Tentera Jepun, jambatan kayu yang merentangi Sungai Gemencheh di Kampung Sungai Kelamah yang menghubungkan Tampin dengan Gemas terpaksa diletupkan. Tapak jambatan dan beberapa tiangnya masih kekal hingga ke hari ini.


SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA MPKK 2020/2021

 NAMA

1. ROSIYAH BINTI AB RAHMAN - PENGERUSI MPKK

2. MOHD RIZAL BIN JOHARI - SETIAUSAHA

3. BAHARIN BIN MD DAWI - BIRO PENGURUSAN KEEWANGAN BENDAHARI

4. MOHD AZAHARI BIN MOHD DIAH - BIRO KESELAMATAN DAN KESIHATAN

5. MASRAWI BIN ABD GHANI - BIRO PEMBANGUNAN PRASARANA

6. RAMLAH BINTI MOHAMED JONOH - BIRO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

7. JUNAIDAH BINTI KAMARUDIN - BIRO KEBAJIKAN DAN KESUKARELAWAN

8. SARIMAH BINTI MOHAMED YUSOF - BIRO INFRASTRUKTUR DAN KOMUNIKASI

9. ALINA BINTI MUHAMAD - BIRO KESEJAHTERAAN DAN KECERIAAN

10. NORA BINTI MOHAMAD - BIRO PENDIDIKAN DAN INOVASI

11. HALIZA BINTI OTHMAN - BIRO HAL EHWAL WANITA DAN KELUARGA

12. MOHD ZULFIQAR BINMOHD NOR - BIRO AGAMA DAN SIVIK (SPIRITUAL)

13. MOHD IZUDDIN BIN NORDIN - BIRO BELIA, SUKAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN

SEJARAH FELDA SG KELAMAH

 PORTFOLIO RANCANGAN FELDA SUNGAI KELAMAH

Rancangan FELDA Sungai Kelamah telah dibangunkan pada tahun 1967 dan terletak di dalam FELDA Wilayah Raja Alias. Rancangan ini mempunyai bilangan peneroka seramai 403 orang, dan seramai 127 orang peneroka asal masih tinggal di dalam rancangan ini.
Suatu ketika dahulu, FELDA Sungai Kelamah terletak di tepi Jalan Utama Lebuhraya Kuala Lumpur ke Singapore dan kini FELDA Sungai Kelamah mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2 yang menjadi tempat tumpuan pelancongan.
Rancangan ini menempa perjalanan AKKF dengan pencapaian yang meningkat hasil usahasama peneroka setempat:-
2016 – Rancangan ini telah menduduki tempat ke- 24 dalam Wilayah Raja Alias.
2017 – Rancangan ini telah menduduki tempat ke-15 dalam Wilayah Raja Alias.
2018 - Rancangan ini telah menduduki tempat ke-4 dalam Wilayah Raja Alias dan pertama kali dicalonkan untuk ke peringkat separuh akhir AKKF 2018, selepas hamper 50 tahun FELDA Sungai Kelamah ditubuhkan.
Anak peneroka di rancangan ini menghasilkan Inovasi menggunakan tayar terpakai dengan menghasilkan daya kreativiti tersendiri seperti membuat bangku, angsa, perigi, bakul, ikan dan sebagainya.


Tempat Keempat Pertandingan Keceriaan Kampung

 10092020 Jumaat Mesyuarat MPKK 01 peringkat Dun Gemencheh di Balairaya Kg Tengah Program Cakna sekampung (edaran kelengkapan MPKK) dan peny...