Wikipedia

Hasil carian

Jumaat, 21 Ogos 2020

SEJARAH FELDA SG KELAMAH

 PORTFOLIO RANCANGAN FELDA SUNGAI KELAMAH

Rancangan FELDA Sungai Kelamah telah dibangunkan pada tahun 1967 dan terletak di dalam FELDA Wilayah Raja Alias. Rancangan ini mempunyai bilangan peneroka seramai 403 orang, dan seramai 127 orang peneroka asal masih tinggal di dalam rancangan ini.
Suatu ketika dahulu, FELDA Sungai Kelamah terletak di tepi Jalan Utama Lebuhraya Kuala Lumpur ke Singapore dan kini FELDA Sungai Kelamah mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2 yang menjadi tempat tumpuan pelancongan.
Rancangan ini menempa perjalanan AKKF dengan pencapaian yang meningkat hasil usahasama peneroka setempat:-
2016 – Rancangan ini telah menduduki tempat ke- 24 dalam Wilayah Raja Alias.
2017 – Rancangan ini telah menduduki tempat ke-15 dalam Wilayah Raja Alias.
2018 - Rancangan ini telah menduduki tempat ke-4 dalam Wilayah Raja Alias dan pertama kali dicalonkan untuk ke peringkat separuh akhir AKKF 2018, selepas hamper 50 tahun FELDA Sungai Kelamah ditubuhkan.
Anak peneroka di rancangan ini menghasilkan Inovasi menggunakan tayar terpakai dengan menghasilkan daya kreativiti tersendiri seperti membuat bangku, angsa, perigi, bakul, ikan dan sebagainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tempat Keempat Pertandingan Keceriaan Kampung

 10092020 Jumaat Mesyuarat MPKK 01 peringkat Dun Gemencheh di Balairaya Kg Tengah Program Cakna sekampung (edaran kelengkapan MPKK) dan peny...