Wikipedia

Hasil carian

Sabtu, 12 September 2020

Tempat Keempat Pertandingan Keceriaan Kampung


 10092020 Jumaat
Mesyuarat MPKK 01 peringkat Dun Gemencheh di Balairaya Kg Tengah
Program Cakna sekampung (edaran kelengkapan MPKK) dan penyampaian hadiah keceriaan kampung.
Turut Hadir :
Pengerusi MPKK, Ketua KRT, Ahli Majlis, Penyelaras Dun, JKM, Ketua Balai Moncheh serta YB Veerapan Exco kerajaan N.9
Dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Hassan Bin Baharom Ahli Parlimen Tampin



Rabu, 2 September 2020

BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT)

JELAJAH BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT) DAERAH GEMAS & JEMPOL 

Selesai Jelajah BKIT Daerah Gemas di FELDA Sungai Kelamah dan FELDA Jelai 4 pada 12 Ogos 2020 (Rabu) serta Jelajah BKIT Daerah Jempol di FELDA Raja Alias 1 dan FELDA Pasoh 2 pada 13 Ogos 2020 (Khamis) yang lalu mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Seramai 188 orang yang terdiri daripada Ahli Jawatan Kuasa MPKK, JKKR FELDA dan Ibu Tunggal telah hadir bagi mendapatkan maklumat jelas berkaitan BKIT di samping menguar-uarkan mengenai bantuan ini.

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi MPKK FELDA Sungai Kelamah (Puan Rosiyah Binti Ab. Rahman), Pengerusi MPKK FELDA Pasoh 2 (Encik Abd Kadir Bin Hussin), Pengurus FELDA Jelai 4 (Encik Zainal Bin Tambi) dan Pengurus FELDA Raja Alias 1 (Encik Ibrahim Bin Omar) di atas kerjasama yang diberikan.

 















Video Gotong Royong Perdana


 

Jumaat, 21 Ogos 2020

GAMBAR GOTONG ROYONG PERDANA BERSAMA BADAN BADAN NGO

 18/07/2020
















GOTONG ROYONG PERDANA 18/07/2020

 

MPKK KG FELDA SG KELAMAH

TUGU PERINGATAN

 TUGU PERINGATAN SUNGAI KELAMAH


LOKASI Jambatan Sungai Kelamah. Berhampiran Felda Sungai Kelamah, jalan Tampin-Gemas. Kira-kira 40km dari Tampin dan kira-kira 10km dari Gemas. PERISTIWA Tugu ini dibina sebagai memperingati bekas-bekas Tentera Australia dan Jepun serta keluarga mereka yang terkorban semasa berlakunya peperangan antara Batalion Australia ke-2/30 dengan Tentera Jepun pada 14 Januari 1941.
Dalam peperangan ini, Tentera Australia yang diketuai oleh Lt. Kol. Gallaghan telah melakukan serang hendap terhadap kemaraan askar-askar Jepun ke Tampin. Pertempuran telah meletus dan berlarutan ke hari berikutnya. Pertempuran ini telah menyebabkan ramai Tentera Jepun terkorban dan pada 15 Januari 1941, sepasukan Tentera Jepun yang lain telah tiba dan menyebabkan Tentera Australia terpaksa berundur ke Segamat.
Dalam usaha menghalang kemaraan Tentera Jepun, jambatan kayu yang merentangi Sungai Gemencheh di Kampung Sungai Kelamah yang menghubungkan Tampin dengan Gemas terpaksa diletupkan. Tapak jambatan dan beberapa tiangnya masih kekal hingga ke hari ini. 
Lihat Sedikit

TUGU PERINGATAN PERANG DUNIA KEDUA JEPUN AUSTRALIA

 TUGU PERINGATAN SUNGAI KELAMAH

Tempat Menarik di Gemas, Negeri Sembilan Yang Boleh Anda Lawati ...

LOKASI Jambatan Sungai Kelamah. Berhampiran Felda Sungai Kelamah, jalan Tampin-Gemas. Kira-kira 40km dari Tampin dan kira-kira 10km dari Gemas. PERISTIWA Tugu ini dibina sebagai memperingati bekas-bekas Tentera Australia dan Jepun serta keluarga mereka yang terkorban semasa berlakunya peperangan antara Batalion Australia ke-2/30 dengan Tentera Jepun pada 14 Januari 1941.

Dalam peperangan ini, Tentera Australia yang diketuai oleh Lt. Kol. Gallaghan telah melakukan serang hendap terhadap kemaraan askar-askar Jepun ke Tampin. Pertempuran telah meletus dan berlarutan ke hari berikutnya. Pertempuran ini telah menyebabkan ramai Tentera Jepun terkorban dan pada 15 Januari 1941, sepasukan Tentera Jepun yang lain telah tiba dan menyebabkan Tentera Australia terpaksa berundur ke Segamat.

Dalam usaha menghalang kemaraan Tentera Jepun, jambatan kayu yang merentangi Sungai Gemencheh di Kampung Sungai Kelamah yang menghubungkan Tampin dengan Gemas terpaksa diletupkan. Tapak jambatan dan beberapa tiangnya masih kekal hingga ke hari ini.


Tempat Keempat Pertandingan Keceriaan Kampung

 10092020 Jumaat Mesyuarat MPKK 01 peringkat Dun Gemencheh di Balairaya Kg Tengah Program Cakna sekampung (edaran kelengkapan MPKK) dan peny...